Monday, September 19, 2011
Tuesday, August 16, 2011
♥ 'PURE CREAMERY BUTTER GOLDEN CHURN' TIDAK HALAL
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.Sehubungan itu umat Islam seluruh negara di minta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu juga,Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi,menyebabkan industri makanan itu terjejas.
sumber dari bernama
JAKIM SAH KAN MENTEGA 'PURE CREAMERY BUTTER GOLDEN CHURN'
TIDAK HALAL
Sehubungan itu juga,Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi,menyebabkan industri makanan itu terjejas.
sumber dari bernama
Monday, August 1, 2011
Sunday, July 31, 2011
♥ Amal Jariah
Hadith Nabi SAW :
"Apabila seseorang anak Adam itu mati, segala amalannya akan terputus melainkan 3 perkara, sedekah jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan orang lain, doa anak yang soleh (Riwayat Muslim)"
Buatlah kebaikan kerana ia akan terus hidup selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amal kebaikan yang kita lakukan, pahalanya akan terus kekal dan mengalir walaupun selepas kematian kita. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim no.4310)
Manfaat orang yang Memberi
Mengikis sifat mazmumahDengan memberi dapat membuang sifat mazmumah seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah dan lain-lain. Harta, ilmu, tenaga dan apa jua yang kita miliki adalah punca sifat-sifat mazmumah. Sebab itu kita diwajibkan mengeluarkan zakat kerana zakat itu adalah pembersih. Jika tak keluarkan zakat diri dan harta kotor.
Mendapat lebih banyakPercayakah bahawa dengan memberi kita akan mendapat lebih banyak? Yakni dengan memberi harta, ilmu, iman, tenaga dan lain-lain milik kita tidak akan berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan apabila kita memberi Allah akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita. Firman-Nya “Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melibatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah maha luas kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya” (Al-Baqarah 2:261)
Wujud perpaduan dan keharmonianApabila kita berfikir untuk memberi, kita akan merapatkan sesuatu hubungan. Sebaliknya jika hanya berfikir untuk mendapat, kita akan menjarakkannya. Hukum kasih sayang menyatakan, jika hendak disayangi maka terlebih dahulu kena menyayangi. Hanya dengan memberi kasih-sayang kita akan mendapatnya.
Allah itu Maha Pemberi
Allah memberi tanpa pinta dibalasAllah adalah sebaliknya Maha Kaya dan Maha Perkasa daripada sebarang sifat kekurangan dan kelemahan. Usahkan untuk membalasnya, mengiranya sahaja manusia tidak mampu. Kita meminjam terlalu banyak daripada Allah. Walaupun pinjaman itu masih tertunggak, namun Allahtidak menarik semula nikmat pinjaman-Nya kepada kita.
Allah memberi sebelum dimintaKebanyakkan manusia, hatta yang pemurah sekalipun, memberi setelah diminta, Allah sebaliknya memberi sebelum diminta leh makhluk-Nya. Manusia seringkali lupa meminta apa yang diperlukan dalam hidup, namun Allah Maha Penyayang, Dia berikan juga rezeki, perlindungan, kesihatan dan pimpinan walaupun kita sering lupa untuk memintanya.
Allah memberi berulang-ulang kali dan berterusanAda berjuta-juta proses yang sentiasa berlaku dalam seluruh makhluk ini daripada haiwan, tumbuhan, bumi, bulan, matahari, bintang-bintang hinggalah ke seluruh semesta alam ini. Sentiasa ada kuasa yang mengatur, menyusun, menetapkan, menghidupkan, mematikan, menjalankan dan memberhentikan. Alam ini disusun secara sistematik dan proses pengaturan dan pelaksanaannya berjalan secara berterusan dan berulang kali untuk siapa ? Ya, untuk manusia – khalifah di muka bumi.
Memberi segala sesuatu yang sangat berhargaAllah tidak memberikan sesuatu itu dengan sia-sia. Manusia juga diciptakan dengan tujuan yang besar menjadi khalifah di muka bumi dan sebagai hamba Allah. Apa yang Allah berikan amat berharga jika dinilai sama ada dari sudut material atau sudut rohani.
Memberi sesuatu yang baik untuk menghsilkan kebaikanAllah memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia berupa harta, ilmu, kuasa, kesihatan, iman dan sebagainya. Dengan segala kebaikan itu Allah inginkan hamba-Nya melakukan kebaikkan kepada orang lain.
sumber : http://ptdbnet.ukm.my
Friday, July 29, 2011
♥ Saat-saat Kematian
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.
sumber dariSunday, July 24, 2011
♥ sakit pinggang
Derita sakit pinggang
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my
2010/05/22
Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.
Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.
Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.
Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.
Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.
Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.
Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.
Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.
Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.
Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.
Info Kesihatan
Kesan negatif akibat masalah tulang belakang
1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang
Faktor Diska Tergelincir
* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.
Simptom
* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.
Rawatan
PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.
Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.
Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.
Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.
Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.
Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.
Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.
Tahukah anda?
SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.
Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.
Mengurangkan sakit belakang
Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.
Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.
Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.
Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.
Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.
♥ burung walit
Selain itu, ia juga lebih popular di kalangan golongan lebih berkemampuan berikutan harganya sangat mahal disebabkan mempunyai khasiat tinggi.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Aneka Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Putrajaya, Dr Fadzilah A’ini Abd Kadir berkata, keistimewaan burung walit terletak pada sarang dan najisnya.
“Sarangnya mempunyai glikoproten, mineral, karbohidrat, protein dan lain-lain yang dikatakan sangat baik untuk kesihatan.
“Percaya atau tidak, jika seseorang mengambil sarang burung secara konsisten, ia boleh menjadi awet muda kerana mempunyai mineral dan protein,” katanya ketika ditemui InfoAgro di Serdang, baru-baru ini.
Menurutnya, glikoprotein pula dikatakan menjadi penebat kepada penyakit seterusnya menjadikan badan sihat dan cergas.
Selain sarang, katanya, najis burung walit atau dipanggil sebagai ‘guano’ juga mempunyai keistimewaannya tersendiri.
“Kami memanggilnya guano. Ini adalah kerana asal-usul burung tersebut dari dalam gua dan di tempat gelap seterusnya berfungsi sebagai baja organik yang sangat bagus untuk tanaman,” katanya.
Beza burung walit dan burung layang-layang
Menceritakan mengenai burung walit, Fadzilah A’ini berkata, ramai yang masih lagi keliru. Hanya segelintir sahaja yang tahu mengenainya dan itu pun di kalangan mereka yang terbabit dengan industri sarang burung.
“Burung walit bukanlah burung layang-layang tetapi ramai yang beranggapan demikian disebabkan bentuk fizikalnya yang kelihatan seakan-akan sama.
“Jika diperhatikan, bulu burung layang-layang mempunyai warna merah di hujung dadanya berbanding burung walit yang hanya berwarna coklat gelap sekata,” katanya.
Beliau berkata, perbezaan kedua-dua burung ini boleh dilihat dari segi kelas, famili, order, bilangan spesies, habitat dan komponen sarangnya.
“Burung walit atau nama saintifiknya Edible-nest swiftlet dari kelas Aves iaitu jenis yang ada bulu dan tulang serta boleh terbang. Ia adalah daripada famili Apodidae dan order Apodiformes iaitu tangkas terbang di udara serta mempunyai jangka hayat sehingga 25 tahun.
“Selain itu, bilangan spesies burung walit adalah lapan dan habitatnya adalah jenis yang balik ke sarang dan menggunakan rembesan liur sebagai komponen sarangnya,” katanya.
Menurutnya, burung layang-layang pula atau nama saintifiknya Swallow juga dari kelas Aves. Ia adalah dari famili Hirudinidae dan order Passeriformes iaitu kaki mencengkam.
“Sebanyak 74 spesies burung layang-layang dikenal pasti dan kebanyakannya berhijrah serta bertenggek di rangkaian elektrik.
“Burung layang-layang membuat sarang guna rumput, ranting dan bulu,” katanya.
Pembesar suara komponen penting
Fadzilah A’ini berkata, pembesar suara adalah komponen paling penting dalam perladangan burung walit kerana ia berfungsi untuk mengeluarkan suara walit bagi memikat burung tersebut masuk ke rumah baru.
“Industri burung walit dipanggil sebagai perladangan disebabkan burung tersebut diumpan untuk masuk ke rumah baru dengan cara mengajuk suaranya dan bukanlah menggunakan kaedah menangkap seterusnya bersarang serta bebas keluar masuk tanpa ditahan.
“Panggilan burung walit itulah yang menyebabkan bunyi bising. Bunyi itu adalah untuk panggilan burung jadi mereka akan datang dengan sendirinya,” katanya.
Selain itu, katanya, panggilan ke atas burung walit hanya boleh dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja.
“Panggilan yang dibenarkan adalah pada waktu pagi kira-kira jam 7 pagi hingga 10 pagi dan jam 5 petang hingga 8 malam di Semenanjung Malaysia serta jam 6 pagi hingga 9 pagi dan jam 4 petang hingga 7 malam bagi Sabah dan Sarawak.
“Pembesar suara pula perlu diletakkan di sebelah luar kira-kira 60 darjah menghala ke atas dengan tahap bunyinya kurang daripada 40 desible (dB),” katanya.
Walau bagaimanapun, katanya, kesilapan umum yang sering dilakukan ialah menggunakan bunyi panggilan yang terlampau kuat walhal burung ini tidak sukakan bunyi yang terlalu kuat.
Rumah burung walit
Menurut Fadzilah A’ini, burung walit hanya terdapat di Kepulauan Melayu seperti Malaysia, Selatan Thailand dan Indonesia serta Vietnam yang sedang meningkat naik.
“Bagi negara kita, kawasan yang paling banyak adalah di Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Kota Bharu yang mana hampir 80 peratus terletak di bandar dan selebihnya di kawasan desa,” katanya.
Beliau berkata, ia boleh dibina di mana-mana sahaja kerana jika mengikut pada piawaian bunyi yang ditetapkan, ia tidak akan mengganggu ketenteraman orang ramai.
“Rumah burung walit berfungsi sebagai premisnya terutamanya apabila burung tersebut ingin membina sarang,” katanya.
Beliau berkata, keserasian burung walit dengan rumahnya dapat dilihat apabila ia akan mula menapak di rumah tersebut setelah mengawan di awan biru seterusnya mula membina sarang menggunakan rembesan liur.
Menurutnya, premis burung walit tidak boleh dibina di kawasan sejuk seperti di Cameron Highlands, Keningau dan Bukit Larut.
Katanya, burung walit sukakan suhu antara 26 hingga 30 darjah Celsius dengan kelembapan sehingga 90 peratus.
“Ia tidak perlu terlalu terang tetapi tidak semestinya perlu bergelap.
"Apabila membuat pengurusan, dibolehkan memasang lampu dan ia tidak berbahaya serta burung juga tidak akan lari.
“Walau bagaimanapun, masa untuk mengemas adalah dari jam 10 pagi hingga 3 petang iaitu sebelum burung itu pulang ke sarang,” katanya.
Sarang burung Malaysia terbaik di dunia
Sementara itu, katanya, sarang burung walit Malaysia diakui terbaik di dunia dan itu bermakna negara ini punya pasaran yang tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Ini secara tidak langsung, menjadikan permintaan terhadap sarang burung walit lebih tinggi berbanding pengeluaran dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan bagi masyarakat desa dan bandar,”
Sumber : Sinar Harian 12 Julai 2011
Friday, April 22, 2011
♥ Doa Hari Lahir
Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.
Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.
Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.
Monday, April 11, 2011
♥ Susu
Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.
Komposisi dan khasiat
Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:- Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
- Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.
Susu lembu
Susu lembu paling biasa dihasilkan secara besar-besaran bagi kegunaan manusia. Ia merupakan paling biasa digunakan dalam bentuk susu. Ladang tenusu telah menjadi business besar dalam kebanyakan negara sehinggakan proses ini kebanyakannya dijalankan secara automatik; sebagai contoh peladang menggunakan mesin yang bersambung secara langsung kepada tetek lembu untuk mengepam susu sejumlah besar lembu.
Terdapat jenis lembu khas. Sesetengahnya effisien menghasilkan susu, seperti lembu Holstein; yang lain bagus bagi penghasilan daging.
Pemprosesan perdagangan susu
Tenusu merupakan kemudahan bagi memproses susu dan barangan lain yang dihasilkan dari susu (keluaran tenusu), seperti krim, dan lain-lain. Kebanyakan tenusu merupakan syarikat tempatan (berbeza dengan kebanyakan syarikat kebangsaan besar).Sekiranya dibiarkan, susu segar cenderung untuk berpisah menjadi dua lapisan; kebanyakannya menjadi susu rendah lemak di bahagian bawah dan sebahagiannya naik menjadi lapisan krim tepu lemak dibahagian atas susu layer. Krim sering kali dijual sebagai keluaran berlainan dengan kegunaannya sendiri. Di Amerika Syarikat, campuran separuh krim dan separuh susu sering kali dijual dalam jumlah yang kecil dan dikenali sebagai separuh dan separuh; separuh dan separuh seringkali digunakan bagi campuran air kopi dan kegunaan seumpamanya.
Susu yang dihasilkan bagi pengunaan perdagangan perlu melalui beberapa proses. Pemasturan adalah proses memanaskan susu untuk tempoh yang singkat bagi membunuh mikro-organisma merbahaya, diikuti dengan penyejukan bagi simpanan dan pengangkutan. Susu sedemikian masih mudah rosak dan perlu disimpan sejuk oleh pengedar dan pengguna. Susu dijual dengan tarikh luput tercatat pada setiap bekas oleh syarikat tenusu. Proses lain bagi susu perdagangan adalah homogenization, di mana susu yang dihasilkan dalam fasa tunggal (atau lapisan).
Susu dijual secara perdagangan biasanya ditambah dengan vitamin D. Kadang kala susu ditambah dengan perasa untuk rasa yang lebih baik. Selama beberapa tahun, susu perasa coklat-telah dijual, tetapi pada tahun kebelakangan ini beberapa perisa susu dan krim lain juga dijual. Susu coklat boleh sama ada dihasilkan oleh pengilang atau pengguna, dengan menambah perasa coklat dalam bentuk sirap atau tepung.
Selatan Australia mempunyai penggunaan susu perisa tertinggi setiap orang, dan satu-satunya tempat di dunia dimana minuman perdagangan (Farmers Union Iced Coffee) melebihi Coca-Cola.
Kesihatan
Terdapat beberapa pertikaian mengenai sama ada pengambilan susu lembu baik untuk orang dewasa. Sementara susu seringkali dikatakan bagus bagi kesihatan kerana kandungan kalsium yang tinggi, yang diperlukan bagi pertumbuhan tulang dan fungsi saraf, terdapat kajian (yang dipertikaikan) yang mencadangkan bahawa terdapat protien dalam susu yang menganggu penyerapan kalsium untuk membentuk tulang kerana ia meningkatkan aras asid dalam darah, dengan ini memulakan tindak balas mengimbangi aras asid tersebut dengan menggunakan kalsium sedia ada yang berada dalam tulang.Kelebihan
Susu lembu boleh dikatakan sihat terutamanya kerana kandungan protein dan kalsiumnya. Ia juga merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Satu hidangan (1 cawan atau 250 ml) 2%-susu lemak mengandungi 285 mg Kalsium, yang mewakili 22% hingga 29% daripada jumlah dicadangkan harian (daily recommended intake) (DRI) kalsium bagi orang dewasa, bergantung kepada usia, 8 gram protein, dan sejumlah zat lain (samaada secara semulajadi atau melalui pengkayaan):- Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
- Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
- Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
- Biotin dan asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
- Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi
- Potassium dan Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
- Selenium - sedikit (trace)mineral penghalang-barah
- Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan
- Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.
- Sehingga 70% manusia mungkin mempunyai keadaan yang dikenali sebagai tidak tahan laktosa (lactose intolerance). Bagi individu sedemikian, susu mungkin menyebabkan simptom seperti kekejangan, kembung air, perut berangin, dan cirit-birit.
Pengkritik
Susu lembu juga didakwa sebagai tidak sihat terutamanya kerana kandungan lemak dan kolesterol. Dua kajian berikut digunakan bagi menyokong usul ini:- Dua kajian mendakwa bahawa galaktosa, yang dihasilkan dalam penceranaan laktosa dalam susu, boleh menyebabkan barah ovari.[2][3]
- Satu kajian mencadangkan bahawa terdapat kaitan antara pengambilan tinggi kalsium dengan barah prostat.[4] Tidak terdapat sebarang bukti bahawa masaalah sedemikian hanya khusus bagi susu.
- Sesetengah susu kaya dengan lemak tepu, yang dikaitkan dalam kajian dengan peningkatan risiko arteriosclerosis dan penyakit jantung koronari. Susu dalam bentuk rendah lemak atau tiada lemak mungkin mengurangkan risiko sedemikian.
Pengagihan
Disebabkan sifat susu yang mudah rosak, pengagihan pantas diperlukan. Susu dahulunya dihantar oleh penghantar susu, tetapi kini ia tidak lagi secara ekonomik. Kini ia boleh diperolehi secara didinginkan di kedai runcit dan kedai seumpama dengannya.Sebelum penggunaan plastik yang meluas, susu biasanya diagihkan kepada pengguna dalam botol kaca. Di United Kingdom, susu masih dihantar setiap hari oleh penghantar yang sering membuat penghantaran dengan menggunakan kereta eletrik, walaupun ini semakin berkurangan disebabkan harga susu yang lebih murah terdapat di pasar raya. Di New Zealand disesetengah kawasan bandar, susu masih dihantar ke rumah pengguna.
Bekas kaca semakin kurang masa kini. Kebanyakan orang membeli susu dalam jag plastik atau bekas kertas berlilin. Sinar ultraungu daripada lampu kalimantang (fluorescent lamp) mampu memusnahkan sebahagian protein dalam susu, jadi banyak syarikat yang pernah mengedar susu dalam bekas plastik jernih atau lut sinar kini beralih kepada bahan yang lebih tebal yang menghalang pancaran merbahaya. Ramai orang berpendapat bahawa susu yang dilindungi daripada sinaran ungu (UV protected) rasanya lebih sedap.
Di Amerika Syarikat, susu biasanya dijual dalam bekas plastik keras atau kadboard berlilin bersaiz gelen, 1/2 gelen dan 1/4 gelen. Saiz satu hidangan Amerika Syarikat, biasanya separuh-pint. Di kebanyakan tempat di Kanada, susu biasanya dijual dalam bag plastik 1 1/3 liter (dijual sebagai 4 liter dalam 3 bag), sementara karton 2 liter, 1 liter, 500 mililiter, dan 250 mililiter juga ada. Di Eropah, saiz metrik 500 mililiter, 1 liter (paling biasa), 2 liter dan 3 liter biasa terdapat (di UK, sesetengah kedai masih mempunyai saiz setara dengan saiz Imperial lama: 568 ml (1 pint), 1.136 l (2 pint), 2.273 l (4 pint), atau jarang-jarang sekali gabungan keduanya saiz metrik dan saiz imperial, seperti pilihan 568 ml, 1 l, 2 l dan 3 l bekas).
Susu pekat, kebanyakkan diedarkan dalam tin logam dan susu tepung diedarkan dalam kotak atau berbentuk beg aluminium.
Susu masam
Apabila susu mentah dibiarkan begitu sahaja, ia bertukar menjadi masam. Ia merupakan hasil penapaian: bakteria asid laktik menukar gula susu menjadi asid laktik. Proses penapaian ini digunakan dalam penghasilan pelbagai keluaran tenusu seperti keju dan yogurt. Susu masam tradisional (sejenis makanan) di Terengganu dijual dalam buluh. Ia dimakan dengan mencampurkan sedikit gula dengannya.Susu lembu dipasteur, sebaliknya, rosak dalam bentuk yang menjadikannya tidak sesuai bagi dimakan, menghasilkan bau busuk dan menimbulkan risiko tinggi keracunan makanan sekiranya ditelan. Bakteria asid laktik semulajadi dalam susu mentah, dibawah keadaan sesuai, menghasilkan sejumlah besar asid laktik dengan pantas. Keasidan susu ini memastikan kuman lain tidak membiak, atau memperlahankan pertumbuhan mereka dengan banyaknya. Melalui pemasteur, bagaimanapun, kebanyakan bakteria asid laktik dimusnahkan, yang bererti kuman lain mampu membesar tanpa dihalang dan menyebabkan kereputan.
Bagi menghalang susu rosak, susu boleh disimpan dingin dan disimpan antara 1 dan 4 degrees Celsius. Kebanyakan susu dipasteurkan dangan dipanaskan seketika dan kemudiannya disejukkan bagi membenarkan pengagihan daripada ladang tenusu ke pasar tempatan. Kerosakan susu boleh dilewatkan dengan menggunakan rawatan suhu amat tinggi (ultra-high temperature (UHT)); susu yang dirawat sedemikian boleh disimpan tanpa disejukkan selama beberapa bulan sehingga dibuka. Susu disterilkan, yang dipanaskan untuk tempoh masa yang lebih lama, akan tahan lebih lama, tetapi turut kehilangan lebih zat dan mempunyai rasa yang berbeza. Susu pekat, dihasilkan dengan menyingkirkan kebanyakan air, boleh disimpan beberapa bulan tanpa disejukkan. Bentuk susu yang paling tahan adalah susu tepung yang dihasilkan dari susu dengan menyingkarkan semua air.
Salah satu ujian menguji bekalan susu yang dicairkan adalah dengan menguji kandungan nitrogen di dalam susu. Oleh itu satu cara penipuan oleh pembekal susu yang tidak bertanggung jawab di China pada tahun 2008, adalah dengan menambah melamina yang kaya dengan nitrogen jadi apabila kandungan protein dalam produk susu diperiksa dengan membandingkan kandungan nitrogen melalui kaedah-kaedah yang digunakan untuk memeriksa protein, tambahan melamina mampu mengaburi penipuan pencairan kandungan susu (untuk memenuhi piwaian kandungan protein dalam susu). Penggunaan melamina dalam pengeluaran makanan mampu menyebabkan kegagalan ginjal dan masalah kencing sama ada kepada manusia mahupun binatang apabila ia bercampur dengan asid sianurik dalam badan. Ini mempunyai kesan besar kerana keluaran tenusu digunakan secara meluas dalam industri makanan. Ini mendorong kepada Skandal susu China 2008 yang dikenal pasti menyebabkan masalah kesihatan meluas dan kematian.
Sumber susu
Susu tidak hanya datang dari lembu tenusu, tetapi juga dari beberapa haiwan mamalia yang lain. Diantaranya:Susu juga datangnya dari sumber bijirin dan tumbuhan:
- Susu Beras
- Susu Soya
- Susu bijiran (Grain milk)
sumber di ambil dari Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)