Tuesday, March 8, 2011

♥ Teknologi fertigasi

TEKNOLOGI fertigasi membantu petani menjalankan aktiviti pertanian
secara sistematik seterusnya memastikan hasil pertanian bermutu tinggi.


SALAH satu teknologi pertanian yang kini semakin mendapat perhatian terutamanya di kalangan petani yang mengusahakan tanaman sayursayuran ialah teknik fertigasi (fertigation). Fertigasi berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “irrigation” iaitu satu kaedah penanaman yang mana baja yang lengkap diberikan kepada tanaman dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Menerusi teknologi ini, bekalan air dan nutrien yang cukup serta seimbang mengikut peringkat pertumbuhan pokok dapat di kawal dengan lebih sistematik. Ini membolehkan tanaman membesar dengan sihat serta berupaya mengeluarkan hasil yang optimumdan berkualiti tinggi.


Sistem ini adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro. Sistem ini sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, limau, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan atau lebih tepat untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran.

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit layu bakteria yang berpunca daripada tanah. Terdapat tiga komponen utama yang memainkan peranan penting dalam amalan pertanian secara fertigasi ini iaitu Rumah Perlindungan Hujan (RPH), tangki baja dan pengairan. RPH bertindak sebagai tempat perlindungan tanaman daripada hujan lebat yang boleh merosakkan kualiti buah kesan daripada titisan hujan. Ia juga berperanan mengawal penyakit yang biasanya merebak pada musim hujan selain menjadi pelindung kepada serangan serangga perosak. Di samping itu, RPH mampu meningkatkan keberkesanan penggunaan baja dan kawalan racun perosak serta mengurangkan kepanasan cahaya terik matahari pada kadar sehingga 20-30 peratus.

Ini kerana struktur bumbung RPHkebiasaannya dibina daripada bahan lutsinar seperti kepingan kaca, polikarbonat,akrilik atau filem polietilena. Bumbung ini mampu menapisgelombang cahaya yang tidak diperlukan daripada cahaya mataharisebaliknya bersifat lutsinar terhadap gelombang matahari yang sangatdiperlukan untuk pertumbuhan tanaman serta proses fotosintesis.Ia juga secara tidak langsung menjimatkan tenaga buruh di samping tidak memerlukan penggunaan ruang tanah yang luas memandangkan ia tidak menggunakan tanah. Beberapa media tanaman juga digunakan dalam amalan pertanian fertigasi ini bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan vermiculate. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.

Peralatan atau komponen yang diperlukan dalam sistem fertigasi pula termasuk tangki, tong stok nutrien, pam, paip poli atau PVC, dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air serta baja. Dalam sistem ini, air baja diberi mengikut masa iaitu antara tiga hingga enam kali sehari selama lima hingga 10 minit, bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.
Pembinaan sistem fertigasi mengikut pakej pasang siap GM PELADANG misalnya berharga kirakira RM30,000 untuk keluasan 600 kaki persegi. Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka manakala pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa di antara tiga hingga empat tahun.

Antara kebaikan fertigasi ialah:
● tidak memerlukan kawasan yang luas kerana ia tidak menggunakan tanah.
● masa tanaman yang singkat bermakna lebih banyak pusingan tanaman setahun.
● kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan menerusi penggunaan teknologi.
● jimat penggunaan air.
● mengelakkan serangan penyakit dan serangga bawaan tanah.
● tiada masalah rumput di atas batas dan nutrien dapat dikitar kembali bermakna menjimatkan penggunaan baja.
● hasil tanaman yang lebih tinggi.
● tiada atau kurang kejutan kepada anak benih semasa proses mengubah.
● masa menanam sepanjang tahun iaitu tidak dipengaruhi oleh musim menanam.
● kualiti hasil yang tinggi dan seragam serta kesan sisa racun yang minimum.
● alam sekitar lebih bersih dan harmoni
● tanaman hidroponik hanya menyerap nutrien yang diberi bermakna masalah kedapatan logam berat dalam produk yang dihasilkan tidak timbul.

No comments:

Post a Comment