Kebaikan Susu Kambing
|
|
|
|
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti
penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk
merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih
tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu
dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu
kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:
- Tidak menyebabkan alahan.
- Membantu sistem imunisasi tubuh.
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
- Membantu sistem penghadaman.
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit
& tisu saraf).
- Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein
Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
- Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam
susu lembu:
- > Protein 2.1 kali ganda
- > Kalsium 2.2 kali ganda
- > Zat Besi 2.0 kali ganda
- > Potasium 2.1 kali ganda
- > Vitamin A 3.8 kali ganda
- > Garam Galian 2.0 kali ganda
- > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
- Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih
tinggi berbanding dalam susu lembu.
- Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah
dihadam berbanding susu lembu.
- Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit
sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
- Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu
lembu yang asidik.
|
|
|
Khasiat
Susu Kambing
|
|
|
Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh
manusia.
Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan
melebihi daripada dalam susu lembu.
Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein &
beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam
susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid
amino termasuk 8 jenis asid amino penting.
Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah
penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam
tubuh).
Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat
daripada protein).
Gabungan Kalsium & Fosforus =
Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan
tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.
Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama
dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium
untuk beberapa fungsi yang lain:
- Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
- Membolehkan penggumpalan darah
- Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
- Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
- Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
- Mengawal degupan jantung
- Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
- Menyingkirkan toksin dalam kolon
- Menurunkan tekanan darah
- Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
- Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan
akibat tekanan
Trace Mineral - Komponen antioksidan
protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas,
membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk
masalah penyakit berkaitan penuaan.
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif
melawan kanser.
Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre
menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru
sebanyak 46%, kanser kolon.
Purata pengurangan sebanyak 37%
dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk
biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam
pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang
rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting
untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2)
receptors’ keatas permukaan T-cells.
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna
dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH
yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan
lain-lain lagi.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu
lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan
mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem
penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser
perut dsb.
Perbandingan Khasiat Susu Kambing
dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
|
KAMBING
|
KERBAU
|
LEMBU
|
Vitamin A
|
2070
|
1669
|
1560
|
Vitamin D
|
23.7
|
tiada
|
tiada
|
Riboflavin
|
1.84
|
1.07
|
1.75
|
Nicotinic Acid
|
1.87
|
1.71
|
1.94
|
Choline
|
150
|
tiada
|
121
|
Inositol
|
210
|
tiada
|
110
|
Vitamin B1
|
0.0006
|
0.0043
|
0.0043
|
JADUAL KEGUNAAN VITAMIN
NAMA VITAMIN
|
KEGUNAAN
VITAMIN
|
KEKURANGAN VITAMIN
|
Vitamin A (Retinol)
|
Kekuatan gigi, tulang , tisu
lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas &
normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem
kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat
sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
|
Kekurangan vitamin A boleh
menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah
daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit
menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi
lemah - Osteoporosis
|
Vitamin D
|
Vitamin D menolong untuk
tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot
dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga
penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis,
osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia meningkatkan sistem
imuniti.
|
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang
belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan
lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang
menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada
mudah patah tulang kejang otot pada tangan kaki dan tekak.
|
Riboflavin
|
Riboflavin perlu untuk
pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel,
dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan
dan rawatan kataract. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen
oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar
dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika
mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang
sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.
|
Kekurangan boleh
menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada
cahaya).
Gatal kulit, pening , rambut
gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut
tumbesaran, dan lembap dalam tindakbalas mental
|
Choline
|
Choline mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia
menyihatkan salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones. Ia juga memilihara system saraf, daya peringatan dan daya
belajar. Ia juga
memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.
|
Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan
menaikan level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa
kepada penyakit ginjal.
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
|
Inositol
|
Inositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan
mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada.
|
Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit
– gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik
level cholesterol kita.
|
Vitamin B1
|
Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan
jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar. Untuk Kanak Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah. Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh
sendi), mata dan kemandulan
|
Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder"
dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan
kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment