Tuesday, November 27, 2012

♥ Tong gas


Silinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan kemalangan.  So hati - hati bila menerima selinder gas dari penjual gas. Di sini caranya bagaimana memeriksa silinder gas LPG.

Di salah satu sisi silinder gas expired date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;
A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D13.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -
A utk March ( Suku pertama )
B utk June (Suku kedua )
C utk Sept ( Suku ketiga ) &
D utk December ( Suku keempat )


2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa silinder itu selamat digunakan. Jadi D13 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2013

Kongsi mesej ini dengan rakan - rakan lain ye!

Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.



sumber dari - rapunzil özil is sitinuraffizza

♥ Cara selamat makan mi segera

mee sebagai hiasan sahaja
Maklumat yang  perlu di kongsi oleh kita semua.

Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk dimakan. Ia mudah dan praktikal.  Namun harus diingat akan bahayanya. Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya kepada tubuh. 

Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak.

Mi segera mengandungi beberapa ramuan berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan. 
"Bagi memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera," ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan agar jangan terlalu kerap makan mi segera. 

Sementara itu pakar pemakanan dari Universiti Hasanuddin, Andi Imam Arundhana menjelaskan bahawa mengikut prinsip diet seimbang, apa yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mempunyai nilai pemakanan.  "Bukan hanya karbohidrat, makanan juga harus mengandungi lemak, protein dan vitamin.  Tidak cukup dengan kenyang saja," katanya.

Jelas Andi, hidangan sarapan perlulah mengandungi lebih kurang 15-25 peratus daripada keperluan zat makanan.  Manakala mi segera hanya memenuhi kira-kira 16 peratus daripada keperluan karbohidrat dan lemak (seseorang lelaki memerlukan 2,000 kcal). 

Menurut Andi lagi, bahan pengawet dalam mi segera memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar.  "Melalui sistem perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan," ujarnya. 

Maka jika terpaksa makan mi segera, pastikan kekerapan memakannya adalah sekurang-kurangnya empat hingga lima hari sekali. “Contohnya, jika hari ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah kita bole makan mi segera lagi," jelasnya.
Dalam pada itu Andi dan Afrinia bersependapat tentang cara betul memasak mi segera serta keperluan menambah bahan makanan lain ke dalam mi segera, demi kesihatan. Kedua-duanya mengesyorkan agar apabila memasak mi segera, air rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang bahan pengawetnya. 

"Setelah bahan pengawetnya disingkirkan, barulah mi segera dimasukkan ke dalam air mendidih yang baru," jelas Andi. 

Satu lagi cara ialah dengan tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera. "Kita boleh mengolah perencahnya sendiri seperti ketika memasak," kata Andi.  Jika tidak pun, kurangkanlah penggunaan perencah mi segera. Ini juga bagi mengurangkan kadar bahan pengawet yang masuk ke tubuh kita.

"Apabila rasanya sudah cukup, sisa perencah itu boleh dibuang saja. Jika ingin lebih masin, adalah lebih baik diganti dengan garam," katanya.  Tambah beliau, cara-cara itu tadi boleh dilakukan sekiranya kita memang tidak dapat mengelak daripada makan mi segera.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah ketika membeli mi segera.  Jelas Afrinia, selain tarikh luput, kandungan dan logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak.  Jika bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas mencemari mi segera itu.



By Marmi Panti Hidayah | Yahoo Newsroom



Sunday, November 25, 2012

♥ Mandi sauna

gambar cuma hiasan sahaja
Mandi sauna memang boleh membuatkan tubuh lebih relaks dan tenang. Namun akan timbul masalah seperti dehidrasi, sesak nafas, mual-mual, pening dan pengsan jika anda melakukannya lebih 20 minit.Sauna terdiri daripada beberapa jenis di antaranya sauna moden, finnish, estonian sauna.

Hingga hari ini terdapat pelbagai pilihan sauna. Sumber haba sauna termasuk kayu, elektrik, gas dan lain-lain kaedah yang lebih konvensional seperti tenaga solar. Terdapat sauna basah, sauna kering, sauna asap, sauna wap, dan orang-orang kerja yang dengan gelombang inframerah. Terdapat dua jenis utama dapur: pemanasan berterusan dan sauna yang menggunakan penyimpanan haba.

Kebaikan mandi sauna : Penggunaan sauna boleh mengurangkan selesema, dan melegakan gejala selsema buat sementara waktu. Ia meningkatkan prestasi dalam ketahanan badan semasa bersukan ketahanan, kenaikan isipadu plasma dan jumlah sel darah merah dalam atlet, penurunan tekanan darah sistolik, toleransi  badan yang tinggi dapat meningkatkan pengambilan oksigen oleh badan. Wap sauna adalah rawatan yang sangat baik untuk masalah pernafasan, seperti; kesesakan dada, bronkitis, laryngitis, dan sinusitis.

Pada kebiasaannya ruang sauna menggunakan pemanas dengan suhu melebihi 70 darjah manakala suhu tubuh manusia pula adalah sekitar 38 darjah. Menurut pakar untuk mendapatkan hasil maksimum, anda hendaklah mandi sauna tak lebih 15-20minit saja.


Ketika mandi sauna, denyutan nadi akan meningkat hingga 30 peratus atau lebih dan membuatkan jantung bekerja 2 kali ganda daripada biasa untuk mengepam darah. Sebahagian besar aliran darah lebih akan disalurkan ke kulit dan menyebabkan aliran darah tu semakin jauh dari organ dalaman badan. Semasa sauna juga, kadar tekanan darah jadi tak menentu.

Bagi pesakit jantung pula, sebelum melakukan aktiviti sauna, mereka haruslah membuat pemeriksaan kesihatan dulu untuk mengelakkan risiko gangguan jantung.

Selain tu juga, ada beberapa tips semasa mandi sauna

1. Jauhi alkohol dan ubat yang boleh mempengaruhi pengeluaran peluh dan menyebabkan panas keterlaluan  sama ada sebelum atau lepas sauna.

2. Sebaiknya mandi sauna tak melebihi 15-20 minit.

3. Lakukan proses penyejukkan badan secara perlahan selepas melakukan sauna dan elakkan dari terus mandi. Takut terkejut pula suhu badan anda.

4. Minum dua hingga empat gelas air selepas bersauna.

5. Jika badan anda sakit-sakit atau tak sihat, elakkan dari melakukan sauna.

6. Segera keluar dari ruang sauna jika anda rasa pening,  pitam atau tak sedap badan.


sumber dari wanista.com

Wednesday, November 21, 2012

♥ Durian crepe







durian crepe di simpan dalam chille

Ada sesiapa teringin nak makan durian crepe, boleh order di sini... 
♥ area LRT - Taman Melati -Kuala Lumpur ♥

  Durian crepe perlu di simpan di dalam peti sejuk atau chiller, supaya ia sentiasa segar.
memang sedap dimakan ketika sejuk..

sila sms/tel/whatsApp  : Kak Mazni   017 - 2424  619
                       WhatsApp :      Rin          017 - 8831 354

♥  jika tidak dapat menghubungi akak sila  whatsApp - Rin  017 - 8831 354 

harga: 5 keping RM 10

sungguh sedap...cuba la



pick up di siniperhentian taxi - Taman Melati


Bertentangan Shell Taman Melati



Saturday, October 20, 2012

♥ Durian Belanda





Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasih.

ehsan dari: mook

Sunday, July 22, 2012

♥ Kuih Raya 2012


Tat nenas
Jejari Biskut

Choc Rice

Crispy

Gajus

Sarang Semut

Almond London

Samprit

Harap anda boleh beri sokongan pada saya, semua harga kuih raya RM 20.00 -  50 biji, untuk tempahan sila sms atau call mama yuki 017-2424 619 

Monday, February 20, 2012