Tuesday, March 29, 2011

♥ Tanaman kopi




Tanaman kopi (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. lanya diusahakan secara tanaman tunggal atau pun secara selingan di kawasan-kawasan kelapa yang sedia ada.

Tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika. lanya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 di mana jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875.

Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Setakat ini tanaman kopi di Malaysia masih kurang memuaskan dari segi pengeluarannya disebabkan oleh harga biji kopi yang tidak stabil. Ini juga menyebabkan perusahaan kopi tidak diusahakan secara komersil dan hanya secara kecil-kecilan sahaja.

Harga kopi di pasaran tempatan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi harga biji kopi ialah gred kopi, kaedah pemperosesan biji kopi dan marjin pemasaran. Faktor luaran pula ialah status penawaran dan permintaan di peringkat antarabangsa.

Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6 - 9 bulan selepas ditanam.

Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak. Biasanya setiap buah kopi jambu mengandungi dua biji kopi beras, walaupun ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan pea/berry.

Kopi jenis Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak.

sumber : fazlisyam.com

1 comment: