Wednesday, March 30, 2011

♥ Pemandu Wanita




Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat semalam berkata, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah kepada risiko kemalangan.

apa komen anda ?

Tuesday, March 29, 2011

♥ Tanaman kopi




Tanaman kopi (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. lanya diusahakan secara tanaman tunggal atau pun secara selingan di kawasan-kawasan kelapa yang sedia ada.

Tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika. lanya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 di mana jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875.

Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Setakat ini tanaman kopi di Malaysia masih kurang memuaskan dari segi pengeluarannya disebabkan oleh harga biji kopi yang tidak stabil. Ini juga menyebabkan perusahaan kopi tidak diusahakan secara komersil dan hanya secara kecil-kecilan sahaja.

Harga kopi di pasaran tempatan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi harga biji kopi ialah gred kopi, kaedah pemperosesan biji kopi dan marjin pemasaran. Faktor luaran pula ialah status penawaran dan permintaan di peringkat antarabangsa.

Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6 - 9 bulan selepas ditanam.

Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak. Biasanya setiap buah kopi jambu mengandungi dua biji kopi beras, walaupun ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan pea/berry.

Kopi jenis Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak.

sumber : fazlisyam.com

♥ Minuman kopi



Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6 - 9 bulan selepas ditanam.

Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak.
Kopi termasuk bahan sampingan yang unik. Mengapa begitu? Ini kerana biasanya minuman diperolehi daripada daun , atau pati buah-buahan.Kopi pula didapati dari biji kopi yang dipanggang dan seterusnya dikisar halus. 

Serbuk kopi ini seterusnya dibancuh dengan air panas dan airnya diminum. Rasanya pahit, tetapi dengan penambahan gula, minuman ini menjadi sangat istimewa terutama sekali aromanya yang luar biasa. Tidak hairanlah jika minuman ini rnenjadi pilihan ramai di seluruh dunia. Malah, sesiapa sahaja boleh menikmati kopi lebih daripada 5 cawan setiap hari.

Sebagai minuman, kopi kemudiannya tidak sahaja di-campurkan dengan gula semata. Kopi akan diperkayakan rasa-nya dengan curahan susu atau krim. Penyediaannya juga tidak lagi hanya minuman panas, tetapi juga boleh disejukkan. Kopi yang dicampur bersama susu dan krim, menciptakan banyak sekali variasi minuman. Ada cappuccino, kopi yang ditekan krim di atasnya. Ada latte yang sejak kebelakangan ini sangat popular, yang sebeharnya hanyalah kopi campuran kopi dan Susu. Masih ada lagi pengubahan minuman kopi seiring dengan bertambah banyaknya kedai-kedai kopi dinaikkan dari pelbagai bandar.

Aroma kopi yang luar biasa godaannya, juga digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek, roti dan biskut kering.’Kopi yang digunakan untuk membuat kuih, biasanya kopi segera supaya tidak mengotori penampilan kuih.

Kini, Kopi tidak hanya amalan sebagai teman untuk mengusir mengantuk dan membuat kita tetap ‘bertenaga’, namun juga punya manafaat lain yang membuatkan anda dan pasangan senyum lebar.
Selain mampu menghilangkan pening, kopi juga memiliki manafaat lain untuk pasangan, iaitu merangsang kesuburan lelaki.

sumber : fazlisyam.com

Monday, March 28, 2011

♥ Panduan Mananam Limau Nipis

 
Pengenalan
 
Limau nipis (Citrus Aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan.  Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat.  Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.  Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi. 


IKLIM
 
Limau nipis sesuai dengan iklim yang lembab dan panas seperti di negara kita. 

TANAH
 
Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir (sandy loam). 

CARA-CARA MENANAM
 
Membiak:
 
Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut.  Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal. 

Menanam:
 
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6m x 6m.  Ia boleh ditanam dalam susunan empat segi sama.  Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok. 
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m.  Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.  Siram sejurus selepas menanam.  Penyiraman bolehlah dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. 

Selain daripada itu, pembajaan boleh juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahilembu.  Sebanyak 30-40 kg / pokok / tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3) dan 30-60 kg / pokok / tahun selepas pokok-pokok mula berbuah. 

Cantasan:
 
Catasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu untuk dilakukan. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).

Kawalan Rumpai
 
Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul di keliling pokok.  Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

PENJAGAAN 

Pembajaan
 
Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:- 
 
Baja tumbesar        :    NPK Mg (15:15:6:4) 
Baja untuk buah     :    NPK Mg (12:12:17:2)

Baja ditabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun.  Kadar dan masa membaja adalah seperti berikut:-

klik untuk membesarkan gambarajah


sumber dari Pejabat Pertanian Daerah Manjung

Monday, March 21, 2011

♥ Gabungan vitamin untuk kulit

Soalan: 

Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

sumber : utusan.online

♥ Gigih usahakan cendawan


Media yang siap disuntuk dengan benih cendawan.


BERMULA dengan mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan, Azharudin Hamzah dan Mohammad Rasul Alpi hanya dengan bergantung kepada buku dan Internet untuk mendapat maklumat dan pengetahuan terkini mengenai bidang yang diceburi.

Mereka hanya mengusahakan tanaman cendawan dengan bekalan benih dibeli daripada pengusaha lain.
Bagaimanapun benih cendawan yang dibeli sering mendapat hasil yang tidak yang menggalakkan mendorong dua sahabat ini berfikir untuk mencari alternatif lain seperti daripada buku serta Internet.
Tetapi belajar tanpa guru juga tidak memberikan hasil yang seperti diharapkan.
Berkat usaha, sabar dan tawakal, kedua-dua sahabat memulakan usaha kecil-kecilan menanam cendawan untuk kegunaan sendiri selain dipasarkan di sekitar kawasan tempat tinggalnya di Senawang, Negeri Sembilan.

Usaha Azharudin menampakkan kejayaan apabila permintaan terhadap cendawannya semakin meningkat hari demi hari mendorong menubuhkan syarikatnya sendiri, Mentah Resources dengan galakan isteri Siti Fadziyah Mohd Asri pada November 2007.
Syarikat yang dibangunkan dengan nilai pelaburan RM50,000 dan sembilan orang pekerja mengeluarkan benih cendawan dan bahan mentah pertanian.Bagaimanapun ketika itu, pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan kerana dia hanya mampu mengeluarkan benih cendawan sekitar 800 hingga 1,000 beg sebulan.

Kaya dengan sifat-sifat usahawan iaitu menepati masa dan mengutamakan pelanggan, dia berusaha untuk menambahkan lagi kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang sedang meningkat.
"Ketika itu hanya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) saja yang ada di dalam kepala saya untuk khidmat nasihat," katanya yang sentiasa prihatin dengan kehendak semasa.
Azharuddin yang begitu yakin untuk berjaya dan cepat respons dengan permintaan pelanggan tanpa berlengah-lengah ke cawangan MARDI berhampiran.

MARDI yang sentiasa prihatin dengan usahawan kecil memberikan kursus latihan keusahawanan dan membantu mendapatkan kemudahan geran bagi membesarkan lagi operasinya syarikatnya.
Selepas meninjau masalah yang dihadapi usahawan, kakitangan MARDI telah memberikan perkhidmatan penghasilan biji benih dan membekalkan bahan mentah pertanian.

Semua itu menggunakan teknologi yang dipindahkan oleh MARDI termasuk autoclave, khidmat nasihat penghasilan benih cendawan tiram kelabu dan promosi bahan mentah pertanian.
Kini, dengan bantuan khidmat nasihat dan pemindahan teknologi MARDI, syarikat Mentah Resources berjaya mengeluarkan benih cendawan sehingga 3,000 beg sebulan dengan nilai jualan sehingga RM700,000 serta mendapatkan pasaran yang lebih luas di seluruh negara.

Mengenai perancangan masa depan, Azharudin bercadang menambah pengeluaran benih cendawan kepada 10,000 beg sebulan dalam jangka masa enam bulan dari sekarang.
"Kami juga bercadang membuka cawangan penghasilan benih cendawan di seluruh negara, membuka kedai berkonsep AgroMart dan membuka cawangan 'Mentah AgroMart' di seluruh Malaysia bagi menjadi 'one stop center' bagi keperluan pertanian," katanya.
Selain itu, dia juga bercadang meluaskan makmal benih cendawan dan melengkapkan persekitaran makmal mengikut spesifikasi standard makmal.

sumber Utusan Online
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

♥ 741 Teknologi MARDI


MARDI sentiasa menjana teknologi untuk dikomersialkan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan serta IKS.



Setakat ini sebanyak 741 teknologi telah dihasilkan oleh MARDI sejak tahun 1972 sehingga 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 110 teknologi telah berjaya dikomersialkan melalui perlesenan, perundingan, inkubator, TechnoFund dan public goods.
Jumlah teknologi produk makanan yang telah diguna pakai oleh usahawan IKS adalah sebanyak 240 jenis daripada pelbagai kluster produk makanan. Ia merangkumi lebih kurang 21 peratus daripada teknologi produk yang ada di MARDI.

Jumlah setiap kluster produk adalah berbeza. Contohnya hasilan ikan ialah 12.5 peratus dan makanan ringan atau snek 28 peratus.

Sebanyak 76 teknologi dijana dalam setahun (tahun 2010) dan tidak kurang 14 peratus dikomersialkan.
Selain inovasi-inovasi terbaru MARDI, satu lagi teknologi yang tidak kurang pentingnya ialah Mesin Penabur Baris Padi Jenis Traktor Untuk Bendang.

Kaedah menanam padi terus berkembang daripada menggunakan kuku kambing bagi mengubah anak benih padi kepada kaedah tabur serak dan terkini mesin tabur dalam baris.
Bagaimanapun teknik tanaman dalam baris yang dahulunya menggunakan tenaga manusia yang mana mesin tersebut perlu dipikul.

Perekanya - Pegawai Penyelidik Prinsipal, Sistem Elektronik dan Bangunan Persekitaran, Pusat Penyelidikan Automasi dan Mekanisasi, MARDI, Dr. Chan Chee Wan telah menaiktaraf mesin berkenaan.
Membandingkan tiga kaedah yang digunakan, Dr. Chan Chee Wan berkata, tabur serak walaupun murah tetapi mempunyai banyak masalah.

Dr. Chan berkata, kaedah tanam secara terus dalam baris banyak digunakan tetapi tidak menggunakan mesin.
"Teknik konvensional memerlukan kos yang tinggi kerana penggunaan tenaga buruh yang banyak.
"Misalnya mencerung memerlukan kos yang tinggi sekitar RM1,000 sehektar manakala tabur serak hanya RM350 sehektar, sementara tabur baris pula memakan belanja RM350 hingga RM400 sehektar," katanya.
Teknik tabur baris menggunakan traktor kecil yang diubahsuai dengan berat antara 350 hingga 500 kg dan ia tidak mudah terbenam di sawah.

Teknik tabur baris menggunakan traktor boleh menanam sehingga enam hektar sehari dengan seorang pekerja.
Manakala teknik mencerung hanya boleh menanam 1.2 hingga 1.5 hektar sehari dengan seorang pekerja.
"Teknik tabur baris juga lebih cepat dan menepati jadual penanaman padi sekarang yang lebih cepat," katanya.

Beliau menjangka penggunaan mesin tabur baris menggunakan traktor yang lebih cepat dengan kos yang rendah membolehkan pesawah mendapat keuntungan yang lebih besar.
Anggaran kos bagi teknik mencerung termasuk pusat semaian seluas 10.11 hektar bagi kawasan sawah 1,600 hektar dengan kapasiti semai tikar sebanyak 500,000 setahun dengan 20 unit mesin memerlukan kos RM8.1 juta.

Jika dibandingkan dengan teknik tabur baris menggunakan traktor bagi kawasan sawah padi seluas 1,600 hektar menggunakan tujuh buah mesin dengan 40 hari bekerja semusim. Ia hanya memerlukan kos antara RM 280,000 dan RM 400,000.
"Ini bergantung kepada kos mesin sekitar RM35,000 hingga RM55,000 seunit oleh syarikat Oryza Mechanique Sdn. Bhd. yang dilesenkan untuk mengkomersialkan mesin tabur baris menggunakan traktor," katanya.
Mesin yang telah diguna pakai di sawah padi di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah pada musim yang lalu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan petani.

Chee Wan berkata, penggunaan mesin tersebut dapat mengurangkan penggunaan biji benih sehingga 40 hingga 50 peratus.
Selain itu, kaedah tersebut dapat mengurangkan masalah pokok rebah sehingga 80 peratus berbanding tabur serak.
"Keistimewaan kaedah ini dapat dilihat dengan dua petak bersebelahan di mana satu petak ditanam secara tabur serak dan sebelah lagi secara tabur baris menggunakan traktor.
"Padi yang ditanam dengan teknik tabur baris menggunakan traktor hanya lima peratus dijangkiti bena perang berbanding 40 peratus pada petak tabur serak," katanya.

sumber utusan online

Sunday, March 20, 2011

♥ Bacalah Bismillah

Bacalah Bismillah Sebelum Minum Air

Air merupakan keperluan yang penting di dalam badan kita. Kita dinasihatkan supaya meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tanpa bekalan air yang mencukupi, ia akan menggangu keadaan tubuh badan kita. Tapi adalah lebih baik jika sebelum meminum air, kita bacalah ayat suci al-quran atau sekurang-kurangnya bacalah Bismillah. Mengikut kepada kajian dan penemuan tentang air apabila ia dibaca dengan ayat suci al-quran dan dibacakan dengan perkataan yang tidak baik.

Satu tip yang telah diberitahu oleh seorang ustaz bahawa untuk mengetahui samada air yang kita hendak minum ia mempunyai unsur-unsur yang tidak baik iaitu samada ia telah dijampi atau santau ialah jika kita lihat pada permukaan air yang hendak diminum itu adanya bayang wajah kita maka ia tiada unsur-unsur tersebut dan sebaliknya. Oleh itu bacalah bismillah atau ayat-ayat Allah sebelum kita meminum air.

sumber : anuarkarimz.com

♥ Kesilapan Utama



Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil.
Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka. 9. Tiada ‘Mastermind’ Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor.

Bagi mereka yang mempunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai. Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka.

9. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif. 

10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan.

Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

sumber : usahawanbumiputera.com

♥ Usahawan yang ingin berjaya



1. Jangan memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar. Janganlah terikut-ikut dengan "sindrom goreng pisang," di mana bila ada orang berniaga goreng pisang, semua orang nak berniaga goreng pisang.

2. Jangan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan Bumiputera gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapai masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

3. Jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan agama kita, dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

 4. Jangan tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

5. Jangan pinjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan. Jangan jadi seperti sesetengah usahawan yang pinjam wang untuk perniagaan tetapi guna wang itu untuk beli kereta mewah dan sebagainya.

6 Jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

7. Jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan Bumiputera yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan. Kata orang puteh, kita perlu "live and let live".

Sumber: Treasury

♥ Serai


PANDUAN MENANAM SERAI
PENGENALAN

Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. citrates tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India.

Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati.
Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk kegunaan segar sebagai perisa makanan.

KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH
Tanaman serai makan sesuai di tanam dikawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

BAHAN TANAMAN
Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAH
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMAN
Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman
bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3m hingga 1.0 m. Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

PEMBAJAAN
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.
Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan.
Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o. Bagi Tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu juga di tabur.

Baja asas : Sebatian NPK 12:12:17:2
Baja Tambahan : Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.
KAWALAN RUMPAI
Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya diperingkat awal pertumbuhan. Sekiranya
penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

PENUAIAN
Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6 hingga 8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10 – 15cm. Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.
Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6 hingga 8 bulan.

Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan. Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 hingga 12 tan/ha bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32-48 tan/ha.

KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN
Dalam keadaan sekarang, dimana bilangan petani yang menanam serai makan secara komersial masih terhad,
pendapatan yang didapati adalah agak lumayan untuk kegunaan segar. Dengan harga di peringkat ladang antara 2 dan 3 sen/batang (harga di Lembah Kelang). Pendapatan kasar semusim antara RM 10,000 dan 
RM 20,000 boleh diperolehi dari sehektar tanaman. Kos pengeluaran dianggarkan antar RM 3,000 hingga RM 4,000.

sumber dari : organikpro.com

Saturday, March 19, 2011

♥ Chopper Heavy Duty

Chopper Light Duty untuk memotong napier, pokok jagung, rumput.








boleh di dapati di Chopperipoh enterprise


♥ Rumput Napier

Penanaman Rumput Napier Secara Tampang 

Mengunakan keratan batang, jalaran/stolon atau mengunakan anak. Cara ini biasa dilakukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi biji yang dikeluarkan tidak boleh bercambah.
Menanam rumput napier/gajah (Pennisetum pupureum) biasanya mengunakan keratan batang,batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.



 

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:- 


1. Menanam secara cucuk
2. Menanam secara baring
3. Menanam tidak mengunakan baris

Menanam secara cucuk
 
Batang- batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku,
3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45º condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm.

Menanam secara baring  


Batang napier biasanya panjang,
keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambus dengan kemas sedalam 6-10 sm. Jarak antara baris pula ialah 60 sm.
 
Menanam tidak mengikut baris  


Keratan napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura (contoh: Brachiaria decumben) ditabur rata-rata diatas pemukaan tanah yang telah siap disediakan,
kemudian dengan mengunakan pencakar atau "rotary tiller" yang dijalankan dengan trektor, lalu dikawasan tersebut secara teratur.

Kebaikan cara ini;

a) Sesuai untuk kawasan yang luas
b) Cara termudah, menjimatkan masa

Keburukanya 

a) Pertumbuhan tidak teratur
b) Sebahagian akan mati kerana tidak semua keratan tertimbus.

Menuai dan memotong rumput. 

Pemotong Pertama
Waktu pemotongan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura.
Pemotongan yang terlalu awal akan merosakan rumput kerana sistem akar rumput tersebut belum cukup kukuh.
Secara umum ianya boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga atau terdapat beberapa rumpun yang telah mula mengeluarkan bunga dalam kumpulan tersebut

Pemotongan seterusnya 


Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebeh cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam.
Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragutan.
Melalui kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:-Pastura/foder

Jangkaan masa rehat (minggu)

  1. Rumput Napier 5 - 6
  2. Rumput Para  3 - 4
  3. Rumput Kuda/Guinea 4 - 5
  4. Rumput Signal 4 - 5
  5. Rumput Setaria 4 - 5 
KELEBIHAN NAPIER INDIA:

# Protein lebih tinggi berbanding Napier Taiwan & Dedak Haiwan.
# Kadar tumbesaran sangat cepat, 25 hari tanam sudah boleh harvest.
# Matang pada umur 4 bulan, untuk buat benih.
# Saiznya lebih besar berbanding Napier Taiwan.
# Kadar pertumbuhan mana tunas lebih tinggi, 1 benih mengeluarkan 20+/- mata tunas.



HARGANYA MURAH & PROTEIN TINGGI.
PENGIRAAN

# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4'x 4'= 3,200 pokok seekar.

# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas

# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.

# 1 ekor kambing perlu makan
3kg sehari.

# Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput. Maksimum yg kami mampu buat mengunakan baja kami ialah, 20kg/ ruas ~ 64,000kg/seekar!
# Minimum 1 ekar (38,400kg) rumput napier india mampu memberikan 100 ekor kambing makan selama 128 hari! @ 4 bulan!


HARGA

Harga A: Anak benih yang telah sedia dipotong halus 

# 1 benih = RM0.20/pokok - sudah ada mata tunas dan tidak termasuk kos penghantaran. Dihantar melalui lori/bas/corrier.
Ciri-ciri;

i. Anak benih yg dihantar dalam unit 5 ruas setiap satu (RM1.00/5 ruas), ia bagi memastikan anak benih dapat mengekalkan kandungan air dalam batang rumput, supaya lambat mati kekeringan.
ii. Terdapat mata tunas yang sedia tumbuh cuma menanti untuk ditanam sahaja.
iii. Ia dapat bertahan selama 3 hari tanpa ditanam dan diletakkan dibawah tempat redup dengan siraman air setiap hari. 


# 1 benih dalam polibeg dalam media semaian baja khas = RM0.50/pokok

 
Ciri-ciri:

1. Anak benih dipotong halus menjadi setiap ruas bagi satu polibeg.
ii. Anak benih telah disemai dalam media penanaman khas yang diformulasikan oleh Prof Zaki.
iii. Lebih tahan kepada perubahan cuaca kerana sudah sedia disemai dan kadar % hidup lebih tinggi. 


Ciri-ciri:

 
i. Rumput dipotong sebatang-sebatang.
ii. Setiap batang minimum 10 ruas.
iii. % hidup tinggi kerana batangnya yang panjang mampu membekalkan air yang baik.
iv. Boleh disimpan selama 5 hari dengan diletakkan ditempat redup +siraman air. 


maklumat lanjut boleh didapati di Adam Agrofarm

    ♥ Keburukkan Stevia

    Memang benar herba stevia adalah pemanis semula jadi.  Ekstrak stevia boleh mencapai sampai ke tahap lebih kurang 300 kali lebih manis dari gula.  Jika kita rasa daunnya, memang terasa kemanisan yang teramat tinggi.  Ekstrak daunnya adalah 30 - 40 kali lebih manis dari gula.  Tetapi stevia juga amat rendah tahap kalorinya.  Tahap kalori rendah ini jelas baik untuk pesakit diabetik terutamanya.



    Stevia juga memberi kesan minima kepada glukos darah dan dipercayai dapat membantu tahap ketahanan glukos yang dapat mengekang tekanan darah tinggi.  Di samping itu stevia juga dapat membantu menjaga berat badan dan kegemukan.

    Walaupun diakui mempunyai khasiat sedemikian, stevia juga mempunyai kesan merbahaya kepada daya kesuburan manusia.  Kajian membuktikan stevia boleh menyebabkan kemandulan.  Ianya lebih merbahaya kepada lelaki di mana bilangan sperma akan jadi amat rendah dan kekuatan sperma juga terjejas teruk serta kekuatan zakar juga menurun.  Bagi perempuan pun tahap kesuburan mereka akan menurun.

    Ada pakar perubatan mendapati stevia boleh menyebabkan kanser/barah.  Walaupun kajian masih mendapati hasil penyelidikan yang berbeza dan tidak konklusif tentang hubungan barah dengan stevia, ia masih menjadi suatu tandatanya yang nyata.

    Kajian juga membuktikan penggunaan stevia secara berleluasa dan berlebihan akan mengganggu proses serapan karbohidrat dan juga membantut penjanaan tenaga di dalam badan.  Ini akan memberi kesan kepada kesihatan manusia terutamanya kepada proses tumbesaran kanak-kanak.

    Pihak berkuasa kita tidak mengharamkan tanaman dan penggunaan stevia.  Tetapi itu tidak bererti stevia adalah baik untuk kesihatan.

    Fikir saja fakta ini: kerajaan kita juga tidak mengharamkan rokok, tapi rokok itu sudah jelas merbahayakan kesihatan; malah ada melabelkannya sebagai agen pembunuh.  Jadi sebelum menjadikan pengambilannya itu satu kebiasaan dan budaya yang tegar, pertimbangkanlah dulu penggunaan stevia ini.

    maklumat daripada : ddrfauziah2all.blogspot.com

    Friday, March 18, 2011

    ♥ Lagi tentang Stevia





    Ramai sudah menyedari kehadiran stevia, sejenis tanaman seperti herba yang berfungsi sebagai pengganti gula kerana kemanisan semula jadinya. Kehadiran pokok tersebut di tengah-tengah kegilaan masyarakat Malaysia kepada rasa manis melampau seakan-akan memberi khabar gembira dan mengurangkan rasa terancam kepada penyakit diabetes.

    Bayangkan rakyat Malaysia yang dikatakan ‘gilakan’ kepada manisan– sumber utamanya ialah susu pekat dan gula – merupakan pengguna kelapan tertinggi di dunia dengan jumlah 46.9 kilogram perkapita pada 2005 atau 26 sudu sehari, meningkat daripada 17 sudu pada 2007. Bagi menambah ‘kemanisan’ fakta-fakta tersebut, rakyat Malaysia merupakan pengidap diabetes keempat tertinggi di Asia yang mana jumlahnya ialah 800,000 pada 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun ini.

    Demikian penangan gula dan manisan kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami peningkatan angka masalah obesiti atau kegemukan. Dengan angka-angka tersebut, kecenderungan pengguna kepada usaha penjagaan kesihatan terarah kepada bagaimana rasa manis dapat dikekalkan dalam hidup mereka tetapi pada masa sama, sentiasa sihat. Tetapi adakah stevia menjadi penyelesaian terbaik ketika ini sehinggakan industri kecil dan sederhana berasaskan pokok tersebut kian bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Selaras dengan teori mudah perniagaan, ada permintaan maka adalah pembekal, maka stevia mula menjadi sebutan sebagai pemanis sihat.

     Ketika ini, banyak pemanis tiruan berada di pasaran dengan pelbagai jenama tetapi kesangsian tetap timbul sama ada ia menyihatkan atau sebaliknya. Bagaimanapun menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Tan Swee Lian, pada masa sama, beberapa pemanis semula jadi juga digunakan antaranya Glycyrrhin, lo han go, stevioside , periallaetin dan thaumatin turut dimanfaaatkan oleh pengguna.

    Katanya, glycyrrhin diperoleh daripada akar Glycyrrhiza Glabra, lo han go (buah Siratia Grosvenorii) manakala stevioside (daun stevia iaitu Stevia Rebaudiana), perillartin (Perilla frutescens) dan thaumatin daripada buah ajaib atau nama saintifiknya Thaumatoccus Danielli. “Hanya stevia dan thaumatoccus yang boleh tumbuh di negara ini manakala yang lain adalah tumbuhan beriklim sederhana,'' ujar beliau. Katanya, oleh kerana thaumatococcus yang diuji pada oleh MARDI pada 1980-an menunjukkan hasil yang rendah, maka kajian kini tertumpu kepada stevia. Masalahnya ialah, harga untuk mengeluarkan stevia di ladang di negara ini lebih tinggi berbanding mengimportnya.

    Stevia merupakan sumber pemanis semulajadi dan menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori dan sesuai untuk mengurangkan berat badan. Gula pemanis sihat itu lebih manis sehingga 250 kali ke 300 kali berbanding gula biasa. Disebabkan pengetahuan baru rakyat Malaysia berkenaan stevia dan pada masa sama kesedaran penjagaan kesihatan semakin meningkat, permintaan kepada pemanis semula jadi itu semakin ketara. Dengan permintaan yang meningkat, ramai pengusaha telah muncul menawarkan produk masing-masing tetapi yang menjadi masalah ialah bekalan yang sukar diperoleh. Ini mendorong kepada usaha penanaman sendiri untuk menampung bekalan supaya tidak terputus.

    Meskipun belum ada usaha penanaman sendiri secara komersial, setakat ini, terdapat beberapa syarikat yang terlibat dalam pemprosesan yang mengeluarkan produk berasaskan stevia. Beliau belum lagi menggalakkan pengusaha menanam sendiri buat masa ini memandangkan kajian mengenainya masih dijalankan. Menurut Swee Lian, stevia ditemui oleh seorang warga Itali, Bertoni, di Paraguay di benua Amerika Selatan yang mana orang asli di negara berkenaan menggunakannya sebagai manisan pada ubatan. “Ini bermakna mereka (Orang Asli) tidak menggunakannya secara rutin atau makanan harian. “Oleh itu perlu ada kajian apakah kesannya jika diambil (digunakan) selalu,'' katanya.

    Di Malaysia, kajian mengenai penanaman stevia telah dijalankan sejak 1970-an yang mana seorang pelajar telah berjaya memperoleh ijazah doktor falsafah. Tetapi penyelidikan lanjut mengenainya tidak dijalankan kerana kemungkinan tidak ada sokongan teknologi atau varieti baru. Pada 1990-an, sebuah syarikat, Stevian Biotechnology mengeluarkan produk pemanis berasaskan stevia. Syarikat tersebut yang beroperasi di bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan dikatakan membawa masuk 69 varieti stevia dari luar negara antaranya Rusia, Paraguay, China dan Amerika Syarikat.

    Bagaimanapun, sebuah syarikat lain telah mengambil alih operasinya dan banyak membawa masuk ekstrak mentah stevia berbanding penggunaan daun kering. Pada masa sama, syarikat terbabit, Pure Circle juga pernah merancang untuk mengadakan kerjasama dengan MARDI. Namun kata Swee Lian, pihaknya telah menghasilkan beberapa klon sendiri dan daripada itu, terdapat klon yang berpotensi untuk ditanam di negara ini. Masalahnya kata beliau, waktu siang selama 12 jam yang terdapat di Malaysia dianggap pendek dan menyebabkan stevia cepat berbunga.
     
    Apabila cepat berbunga, tuaian terpaksa dilakukan sedangkan ketika itu, daun mungkin sedikit dan kualiti kemanisan masih rendah. Apabila cepat berbunga, pertumbuhan tampang berhenti dan ini menjadikan tumbesarannya terbantut. Proses berbunga boleh berlaku sekerap sebulan sekali dan ini tidak sesuai kerana ini bermakna perlu menuai sangat kerap. Tambahan pula kos operasi meningkat kerana penggunaan tenaga buruh meningkat. Di negara yang mana waktu siangnya mencapai 16 jam, pokok stevia boleh mencapai ketinggian sehingga dua meter manakala di negara ini, ketinggian pokok stevia mencapai antara 30 dan 40 sentimeter (sm).

    MARDI telah menghasilkan beberapa varieti yang ditanam di beberapa lokasi iaitu di stesen penyelidikan agensi terbabit antaranya Bukit Tangga, Telong, Kubang Keranji, Kluang, Serdang dan Pontian. Varieti yang dihasilkan ialah MSR007, MSR012, MSR024, MSR024, MSR028 dan MSR029. Selepas lapan penuaian, jumlah yang diperoleh ialah 11.56 tan sehektar (t/ha) dalam satu tahun berbanding di China (1.3 t/ha), Kanada (2.85 t/ha), Amerika Syarikat (3.6 t/ha), India (4 t/ha) dan Rusia (1.5- 5.5 t/ha) di mana hanya satu tuaian dilakukan. Pada masa sama, berdasarkan data MARDI, jumlah kandungan pemanis dalam stevia stevioside amat rendah iaitu antara dua dan 4.9 peratus, rebaudioside A (0.9-4.8 peratus) berbanding di Kanada sebagai contoh sehingga 10 peratus stevioside dan rebaudioside A sehingga empat peratus.

    Pada masa sama, pengeluaran benih stevia di negara ini bukan pilihan yang bagus manakala penggunaan keratan sebagai bahan tanaman menunjukkan kejayaan yang kurang memberangsangkan. “(Setakat ini) kita tidak syorkan orang menanam, kerana perlu bersaing dari China yang mana harganya murah - hanya RM7 sekilogram daun kering. “Pada kos tersebut, kita tidak mampu bayar kos pengeluaran,'' katanya lagi. Beliau berkata, berdasarkan kajian awal daripada lapan atau sembilan tuaian setahun pendapatan kasar yang diperoleh ialah RM77,000 sedangkan kos mengurus ladang mencapai RM96,000 setahun.

    Oleh kerana itu, kata Swee Lian, masih banyak perlu dilakukan dalam usaha menambah baik industri penanaman stevia di negara ini. Kajian beliau bersama beberapa pakar sejak 2007 melibatkan 10 sub bidang antaranya mekanisasi, pengurusan rumpai, penyakit dan perosak, pengurusan air, agronomi dan fisiologi. Kajian berkenaan dijangka siap seawal-awalnya tiga tahun lagi yang mana satu pakej yang menguntungkan dapat dihasilkan apabila ia siap.

    ♥ Penanaman Stevia secara komersial

    Penyediaan Tanah

    Pada permulaan Tanah seharusnya dibersihkan dan di bajak samaada dengan bajak ataupun tajak bagi memecahkan tanah. Tanah yang gembur merupakan keperluan penting bagi keperluan penanaman stevia. 1 hingga 2 bajakan ( diantara 30 hingga 45 inci dalam gemburan) mesti dibuat setelah proses pembersihan

     




    Jenis Tanah

    Tanah merah berpasir (kering) adalah jenis tanah yang sesuai dengan tahap ph 6 hingga 7 . Manakala tanah gambut didapati tidak sesuai bagi penanaman stevia. Bagi penggunaan tanah gambut dan berasid, Rawatan kapur perlu dibuat bagi meneutralkan kadarkeasidan dalam tanah





    Penyediaan Batas

    Penyediaan Batas adalah yang terbaik dan paling ekonomik untuk menanam stevia. Sekurang kurangnya penyediaan batas setinggi setengah kaki dan juga lebar sekaki adalah diperlukan Jarak diantara setiap tanaman dalam barisan sekurang kurang nya ialah setengah kaki dan bagi memudahkan pengurusan jarak diantara 2 barisan ialah 1 kaki Dengan cara penanaman ini, sebanyak 50,000 pokok boleh di tanam pada setiap ekar ladang.
    Pengairan

    Semburan Mikro ( Microsprinkler ) merupakan kaeadah yang baik untuk mengairi penanaman stevia. Kaedah pengairan banjir atau sistem tali air ( seperti penanaman padi) tidak dapat di gunakan bagi mengairi penanaman stevia. Semburan air boleh di lakukan sebanyak 3 kali sehari atau 1 kali sehari bergantung kepada keadaan cuaca samaada kering atau lembab , ini bagi memastikan bahawa tanah dalam keadaan lembab tetapi tidak basah kerana daun stevia mengandungi 65 % air dan air sangat di perlukan bagi daun menghasilkan steviol manakala kebanjiran air boleh merosakkan akar pokok

    Pembajaan

    Penggunaan Baja organik merupakan penyelesaian yang mudah berbanding dengan pembajaan kimia. Dengan kandungan nitrogen yang lebih rendah dan tinggi kadar Potassium dapat memberikan hasil yang baik kepada tanaman stevia anda. Adalah digalakkan memberikan baja setelah penuaian berlaku, dengan ini daun yang di hasilkan juga akan menjadi lebih subur dan lebih

    Applikasi organik dan penjagaan pokok

    Sebenarnya amat sukar untuk mempunyai masalah makhluk perosak atau penyakit pada tumbuhan ini. Namun begitu sekiranya ada. Penyemburan racun makhluk perosak organik boleh dilakukan pada pokok dan akar. Perhatian seharusnya di berikan kepada bawah daun dimana biasanya telur ulat daun selalu dijumpai . Dan selalu mengamalkan semburan racun organik dengan kepakatan rendah untuk memastikan daun tidak rosak dan tuaian anda selamat untuk dimakan.

    Pembersihan

    Pembersihan boleh dilakukan secara manual, dengan tumbuhan ini telah di tanam diatas batas menjadikan sesuai untuk dijaga dengan lebih teliti dengan pengunaan buruh secara manual
    Penjagaan Pembungaan tumbuhan seharusnya di elakkan. Sekiranya berbunga, bunga stevia tersebit perlulah dibuang, agar tidak mengganggu tumbesaran daun.

    Memandangkan stevia mempunyai kecenderungan untuk tumbuh tinggi (apical dominance), menekan apical buds membantu stevia untuk untuk ianya tumbuh renek dan rendang. Dengan penyelenggaraan dan penjagaan yang baik stevia dapat memberikan hasil yang ekonomik dalam tempoh 3 hingga 7 tahun

    Penuaian:

    Penuaian boleh dilakukan dengan hanya memetik daun, sekiranya diperlukan pada kuantiti yang becil. Bagi penuaian secara besar besaran keseluruhan pokok boleh di potong dan meninggalkan 10 hingga 15 cm dari tanah. Setelah di keringkan daunan yang kering di tanggalkan dari dahan dengan hanya menggoncang dahan stevia yang telah kering.



    Sila beri perhatian kerana daun hendaklah dikeringkan dalam tempoh tidak lebih 12 jam. Pendedahan terlalu lama didalam cahaya matahari akan mengurangkan kandungan steviol dan menjadikan daun stevia anda kurang manis.

    Daun yang telah di keringkan boleh di simpan begitu sahaja atau dikisar dengan pengisar kopi atau dicarik menggunakan tangan bagi memudahkan untuk menyimpan stok dalam bentuk yang mudah dibawa dan digunakan kerana daun stevia yang telah di kisar larut lebih baik berbanding bentuk
    daun yang besar.

    Pembiakan pokok


    Biji Benih

    Pembiakan Biji Benih boleh dilakukan dengan mudah dengan hanya menanam biji benih yang di hasilkan dari pembenihan pokok. Dengan medium penanaman yang baik benih benih stevia akan tumbuh dan boleh dipindahkan ke tempat yang lain.

    Namun peratusan biji benih yang berkualiti adalah rendah dan biasanya sukar bagi ada untuk mendapatkan hasil daun stevia yang baik bagi menjamin pertumbuhan stevia yang subur .

    Kemungkinan untuk mendapatkan anak anak benih yang mempunyai tahap steviol yang sama dengan kandungan steviol pokok induk juga adalah tipis. Ini menjadikan pengunaan taknik pembenihan juga amat sukar di jalankan.

    Adalah lebih baik anda mendapatkan benih stevia dari pembekal benih yang di percayai bagi memastikan anda mendapat benih stevia yang berkualiti tinggi.

    Pembiakan Holtikultur



    Pembiakan holtikultur merupakan kaedah pembiakan secara mengklonkan pokok. Dengan cara ini, hanya benih yang di ketahui mempunyai kandungan steviol yang tinggi akan dibiakkan dan dijadikan sebagai induk.

    Kaedah ini boleh dilakukan dengan hanya memotong dahan yang ingin dibiakkan ( didalam 2 hingga 3 inci panjang) . dan dibuang daun yang ada pada dahan.

    Kemudiannya direndam rendam bahagian pangkal bahagian yang di potong dengan hormon pengakar dan akhir sekali di tanam pada medium permulaan kaedah permulaan yang baik bagi memulakan pembiakan pokok.

    Dengan cara ini penghasilan steviol pokok induk dapat dikekalkan pada benih pokok baru. Sekiranya anda menjadikan pokok yang berhasil steviol tinggi sebagai asas, maka hasil anak pokok yang dihortikultur juga sangat tinggi.

    sumber : plantstevia.blogspot.com

    ♥ Stevia lagi

    Bahan pemanis sememangnya penting dalam penyediaan makanan dan minuman, apatah lagi di kalangan masyarakat Kelantan yang terkenal gemarkan juadah manis dalam diet harian. 



    Namun, manis berlebihan khususnya pengambilan gula dari tebu boleh mengundang padah kepada kesihatan diri kerana boleh menjadi punca kencing manis.

    Menyedari kepentingan bahan pemanis yang tidak memudaratkan kesihatan, dua sahabat dari Kampung Gelung Badak, Nazli Idris, 35, dan Abdul Mutalib, 39, sepakat mengusahakan tanaman herba renek, Stevia Rebaudiana yang juga dikenali sebagai pokok gula, sejak tiga tahun lalu. Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887.

    Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.

    Nazli berkata, ketika memulakan usaha pada 2007, mereka hanya bermula dengan kebun seluas 0.2 hektar untuk menanam tumbuhan herba itu sebelum memperluaskannya kepada 1.2 hektar ekoran permintaan tinggi terhadap hasil herba itu.

    “Tanaman herba ini ditanam menggunakan keratan batang yang disemai pada kotak semaian yang menggunakan sabut dan serat akar kayu yang diimport dari Belanda dan Norway, sehingga mencapai ketinggian 12cm yang mengambil masa kira-kira 45 hari, sebelum dipindahkan ke atas tanah.

    “Tumbuhan herba ini boleh mula dituai pucuk dan daunnya selepas usia tiga bulan dan mampu bertahan selama tiga tahun tetapi tumbesarannya akan terhenti apabila ia mula mengeluarkan bunga.

    “Setakat ini, tumbuhan ini tidak berdepan sebarang masalah tumbesaran. Walaupun ia boleh menjadi pemanis tetapi serangga perosak tidak mengganggunya, kecuali herba ini tidak boleh terdedah kepada hujan,” katanya ketika ditemui.

    Nazli berkata, daun Stevia Rebaudiana yang dituai akan dikeringkan dengan dijemur selama dua hari atau selama kira-kira 30 minit dengan menggunakan alat pengeringan haba.
    “Namun, untuk menghasilkan ekstrak Stevia Rebaudiana dalam bentuk serbuk, kami menghantar daun yang dituai ini ke sebuah kilang memprosesnya di Pulau Pinang.


    “Ketika ini, ekstrak stevia yang boleh digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan, minuman dan perubatan ini dijual pada harga RM15 sebotol, manakala daun stevia kering yang boleh dijadikan teh atau pemanis dalam masakan harian dijual pada harga RM40 sekilogram,” katanya.

    Tanpa menyatakan jumlah pengeluarannya setakat ini, Nazli berkata, permintaan terhadap pemanis daripada Sevia Rebaudiana itu menyaksikan hasil keluaran mereka kini dipasarkan di seluruh negara.

    Malah, menerusi syarikat, Kelbio Industries (Kelbio), yang diusahakan dua sahabat itu kini dalam perancangan menghasilkan ekstrak dalam bentuk cecair ini bagi membantu pesakit kencing manis menambah kadar insulin dalam badan.



    Sumber :Berita Harian

    ♥ Silaj

    MAKNA SILAJ

    Silaj merupakan bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan di tempat yang kedap udara.Foder yang berkelembapan tinggi (65-75%) diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobik) dalam jangkamasa yang lama bagi mengelakkan kerosakan.

    MEMBUAT SILAJ

    Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan terutama di musim kemarau atau banjir.

    BAHAN UNTUK MEMBUAT

    Rumput• Semua jenis rumput terutama rumput gajah
    Lain – lain• Bahan sampingan pertanian seperti pelepah sawit dan batang (stover) jagung
    PROSPEK MEMAJUKAN SILAJ
    Sebab-sebab:-
    • Penternak semakin progresif dan komersial
    • Kekurangan masa dan buruh memungut foraj atau mengembala ternakan
    • Tekanan ke atas kawasan ragut akibat proses urbanisasi
    • Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak
    • Kewujudan foder yang bermutu tinggi
    • Keupayaan silaj dikomersialkan

    KAEDAH PEMBUATAN SILAJ SEBAGAI SUMBER MAKANAN TERNAKAN

    Rumput dipotong pendek antara 3-15cm keratan dengan menggunakan mesin khas ’CHOPPER’.
    Rumput perlu dilayukan – bahan kering 30% adalah terbaik.
    Pengisian foder dan pemampatan dilakukan secepat mungkin, Penutupan hendaklah dilakukan segera.
    Ada beberapa jenis silo (bekas) yang boleh digunakan:-
    • Silo Palung (kerek)
    • Silo Tong Drum Plastik
    • Silo Bungker
    • Silo Wrap

    Pengurusan silaj semasa memberi makan kepada ternakan:

    • Silo yang baik bersaiz sederhana
    • Apabila silo dibuka, ianya patut dihabiskan pada hari itu juga
    • Silaj yang rosak berwarna kehitaman/berkulat.

    PROSES SILAJ

    Fasa 1

    Rumput dimasukkan ke dalam silo
    • Respirasi berterusan
    • Oksigen digunakan
    • CO2 dan haba dihasilkan
    • Suhu meningkato

    Fasa 2

    asetik dikeluarkan
    • pH turun dari 6.0 ke 4.2o

    Fasa 3

    • Asid laktik di hasilkan
    .Asid asetik menurun

    Fasa 4

    • Pengeluaran asid laktik berterusan
    • Suhu turun
    • Aktiviti bakteria terhenti pada pH 4.

    FAKTOR YANG DIPERLUKAN UNTUK SILAJ BERKUALITI

    • Keadaan kedap udara untuk menjadi persekitaran anaerobik
    • Kelembapan foraj 65-75%
    • Cukup karbohidrat larut (>3%)
    • Bahan boleh dimampat untuk menyingkir udara
    • Bahan tidak tercemar dengan benda asing seperti tanah.

    JUMLAH SILAJ YANG PERLU DIBERIKAN KEPADA SETIAP EKOR TERNAKAN

    Setiap hari ternakan memerlukan pastura atau foder segar yang bermutu sebanyak 7% daripada berat badan mereka ATAU 3% bahan kering. Bagi mengurangkan pembaziran silaj perlu diberi tidak melebihi keperluan dan dimasukkan dalam tempat makanan yang sesuai.

    PRINSIP PENYIMPANAN SILAJ

    • Foraj disimpan dalam persekitaran pH rendah(4.2) dan anaerobik di mana proses biokimia dan aktiviti bakteria pengurai aerobik serta kulat akan terhalang.
    KELEBIHAN SILAJ
    • Lebih selera daripada rumput kering
    • Tidak bergantung kepada cuaca
    • Boleh disimpan lebih lama tanpa kerosakan
    • Tidak mudah terbakar
    • Kurang ruang penyimpanan

    KESIMPULAN

    • Kejayaan dalam pengeluaran silaj membantu dalam penyelesaian pemakanan ternakan yang semakin meningkat.
    • Pengeluaran silaj yang efisien mengurangkan kos makanan.
    • Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak membantu pengeluaran silaj.
    • Secara am silo mestilah kedap udara.
    • Pengendalian bahan silaj sangat perlu dalam pemilihan silo.
    • Silaj mampumemainkan peranan dalam menampung keperluan makanan ternakan di Malaysia.

    CONTOH CARA PEMBUATAN SILAJ NAPIER DAN JAGUNG
    SILAJ RUMPUT NAPIER

    1. Rumput napier 160 batang – 80kg ( 1 tong drum)
    2. Molasses – 800 gram
    3. Garam – 800 gram
    4. Urea – 400 gram
    5. Air – 3.2 kg
    6. Additif – EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – cth:-100ml laktos, 900ml air).

    Kadar peratusan:-

    1. Molasses – 1%
    2. Garam – 1%
    3. Urea – 0.5%
    4. Air – 4%
    5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

    Cara-cara:-

    1. Cincang/mesin rumput napier.
    2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
    3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.
    4. Tutup rapat (kedap udara).
    5. Peram 21 hari

    SILAJ JAGUNG

    1. Pokok jagung 420 batang – 70kg ( 1 tong drum)
    2. Molasses – 700 gram
    3. Garam – 700 gram
    4. Urea – 350 gram
    5. Air – 2.8 kg
    6. Additif – EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air).

    Kadar peratusan:-

    1. Molasses – 1%
    2. Garam – 1%
    3. Urea – 0.5%
    4. Air – 4%
    5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

    Cara- cara:-

    1. Cincang/mesin rumput napier
    2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
    3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/additif.
    4. Tutup rapat (kedap udara).
    5. Peram 21 hari




    Rumput yang sedia di proses untuk membuat silaj


    Batang jagung dimesin menggunakan mesin 'CHOPPER'


    Rumput yang telah di mesin ditimbang untuk kiraan bahan-bahan campuran


    Rumput dimampat supaya kedap udara


    Bahan-bahan seperti molasses,garam,urea,air dan Laktos dicampurkan


    Silaj yang telah siap dan sedia untuk diperamkan selama 21 hari

    sumber dari: Zulkifli 's Site