Monday, March 7, 2011

♥ Cili



Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah.

Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar utama cili ialah Perak, Johor dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti yang tercatat di Jadual 1.

Cili mengandungi zat pemakanan seperti di dalam Jadual 2. Di antara zat makanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5g).

Jadual 2: Zat Pemakanan Cili (Bagi setiap 100g Yang Boleh Dimakan)
Sumber: MARDI – Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran (1990)
Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili. Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’, sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakan jenis makanan terutama ’sambal belacan’.

Umumnya, penduduk Malaysia menggunakan 33,300 tan cili setahun. Sedangkan jumlah pengeluaran cili hanya lebih kurang 23,000 tan/tahun. Sebagai memenuhi keperluan, cili terpaksa diimport sama ada dalam bentuk segar, kering dan juga serbuk.

Sumber dari: Kementerian Pertanian & Asas Tani

No comments:

Post a Comment