Saturday, April 2, 2011

♥ Klon Salak Terengganu

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah melancarkan tiga klon Salak Terengganu, teknik pembiakan tampang salak (teknik aruhan) dan dua manual penanaman salak dan manual pembiakan salak. Majlis pelancaran telah dilaksanakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu, Y.B. Encik Rozi bin Mamat.
Penyelidikan klon salak Terengganu yang dijalankan di Stesen MARDI Jerangau sejak tahun 1990 memberikan penekanan kepada tiga aspek:

  • kajian pembiakan bahan tanaman secara tampang
  • mancari, memilih, menilai serta membiak baka salak yang terpilih
  • kajian ke atas aspek amalan kultura
Beberapa Penyelidik daripada MARDI Jerangau telah mengenal pasti tiga klon terbaik yang dikenali sebagai ST1, ST2, dan ST3. Ketiga-tiga klon salak ini menghasilkan buah yang sekata dan rasa buah yang lebih manis dengan isi yang tebal. 
Permintaan domestik salak tempatan kini memberangsangkan. Penggunaan salak telah meningkat dari tahun ke tahun iaitu dari 1,872 ton metrik pada tahun 2003 kepada lebih 2, 738 ton metrik dalam tahun 2007 dan permintaan terhadap salak akan terus meningkat pada 2010 dengan anggaran lebih 3,000 ton metrik.



klik untuk membesarkan gambar

No comments:

Post a Comment