Sunday, July 31, 2011

♥ Amal Jariah



Hadith Nabi SAW :

"Apabila seseorang anak Adam itu mati, segala amalannya akan terputus melainkan 3 perkara, sedekah jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan orang lain, doa anak yang soleh (Riwayat Muslim)"


Buatlah kebaikan kerana ia akan terus hidup selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amal kebaikan yang kita lakukan, pahalanya akan terus kekal dan mengalir walaupun selepas kematian kita. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim no.4310)

 

Manfaat orang yang Memberi

 

  1. Mengikis sifat mazmumahDengan memberi dapat membuang sifat mazmumah seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah dan lain-lain. Harta, ilmu, tenaga dan apa jua yang kita miliki adalah punca sifat-sifat mazmumah. Sebab itu kita diwajibkan mengeluarkan zakat kerana zakat itu adalah pembersih. Jika tak keluarkan zakat diri dan harta kotor.

  2. Mendapat lebih banyakPercayakah bahawa dengan memberi kita akan mendapat lebih banyak? Yakni dengan memberi harta, ilmu, iman, tenaga dan lain-lain milik kita tidak akan berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan apabila kita memberi Allah akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita. Firman-Nya “Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melibatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah maha luas kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya” (Al-Baqarah 2:261)

  3. Wujud perpaduan dan keharmonianApabila kita berfikir untuk memberi, kita akan merapatkan sesuatu hubungan. Sebaliknya jika hanya berfikir untuk mendapat, kita akan menjarakkannya. Hukum kasih sayang menyatakan, jika hendak disayangi maka terlebih dahulu kena menyayangi. Hanya dengan memberi kasih-sayang kita akan mendapatnya.

 

Allah itu Maha Pemberi

  1. Allah memberi tanpa pinta dibalasAllah adalah sebaliknya Maha Kaya dan Maha Perkasa daripada sebarang sifat kekurangan dan kelemahan. Usahkan untuk membalasnya, mengiranya sahaja manusia tidak mampu. Kita meminjam terlalu banyak daripada Allah. Walaupun pinjaman itu masih tertunggak, namun Allahtidak menarik semula nikmat pinjaman-Nya kepada kita.

  2. Allah memberi sebelum dimintaKebanyakkan manusia, hatta yang pemurah sekalipun, memberi setelah diminta, Allah sebaliknya memberi sebelum diminta leh makhluk-Nya. Manusia seringkali lupa meminta apa yang diperlukan dalam hidup, namun Allah Maha Penyayang, Dia berikan juga rezeki, perlindungan, kesihatan dan pimpinan walaupun kita sering lupa untuk memintanya.

  3. Allah memberi berulang-ulang kali dan berterusanAda berjuta-juta proses yang sentiasa berlaku dalam seluruh makhluk ini daripada haiwan, tumbuhan, bumi, bulan, matahari, bintang-bintang hinggalah ke seluruh semesta alam ini. Sentiasa ada kuasa yang mengatur, menyusun, menetapkan, menghidupkan, mematikan, menjalankan dan memberhentikan. Alam ini disusun secara sistematik dan proses pengaturan dan pelaksanaannya berjalan secara berterusan dan berulang kali untuk siapa ? Ya, untuk manusia – khalifah di muka bumi.

  4. Memberi segala sesuatu yang sangat berhargaAllah tidak memberikan sesuatu itu dengan sia-sia. Manusia juga diciptakan dengan tujuan yang besar menjadi khalifah di muka bumi dan sebagai hamba Allah. Apa yang Allah berikan amat berharga jika dinilai sama ada dari sudut material atau sudut rohani.

  5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghsilkan kebaikanAllah memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia berupa harta, ilmu, kuasa, kesihatan, iman dan sebagainya. Dengan segala kebaikan itu Allah inginkan hamba-Nya melakukan kebaikkan kepada orang lain.

   

 sumber :  http://ptdbnet.ukm.my

No comments:

Post a Comment