Friday, April 8, 2011

♥ Kasiat Susu Kambing

*Dipetik dari laman web http://keriangoatfarm.com/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=65 

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:  


Susu Kambing Mudah Hadam
  • Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
  • Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
Alahan Laktosa
 
  • Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
  • Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali
 
  • Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
  • Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
 
  • Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
 
Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
  • Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.
 
Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
 
  • Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
 
Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
 
  • Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati  mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
 
Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
 
  • Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. 
  •  
  • Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. 
  •  
  • Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit  asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. 
  •  
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). 
  •  
  • Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

Saturday, April 2, 2011

♥ Klon Salak Terengganu

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah melancarkan tiga klon Salak Terengganu, teknik pembiakan tampang salak (teknik aruhan) dan dua manual penanaman salak dan manual pembiakan salak. Majlis pelancaran telah dilaksanakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu, Y.B. Encik Rozi bin Mamat.
Penyelidikan klon salak Terengganu yang dijalankan di Stesen MARDI Jerangau sejak tahun 1990 memberikan penekanan kepada tiga aspek:

  • kajian pembiakan bahan tanaman secara tampang
  • mancari, memilih, menilai serta membiak baka salak yang terpilih
  • kajian ke atas aspek amalan kultura
Beberapa Penyelidik daripada MARDI Jerangau telah mengenal pasti tiga klon terbaik yang dikenali sebagai ST1, ST2, dan ST3. Ketiga-tiga klon salak ini menghasilkan buah yang sekata dan rasa buah yang lebih manis dengan isi yang tebal. 
Permintaan domestik salak tempatan kini memberangsangkan. Penggunaan salak telah meningkat dari tahun ke tahun iaitu dari 1,872 ton metrik pada tahun 2003 kepada lebih 2, 738 ton metrik dalam tahun 2007 dan permintaan terhadap salak akan terus meningkat pada 2010 dengan anggaran lebih 3,000 ton metrik.



klik untuk membesarkan gambar

♥ MARDI hasilkan klon salak berkualiti


Buah salak boleh dikategorikan sebagai tanaman eksotik yang semakin popular ditanam terutama di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Permintaan terhadap buah salak yang semakin meningkat memberikan peluang kepada petani untuk menambahkan pendapatan.

Bagaimanapun pada masa ini, perkembangan industri salak agak terbantut ekoran kekurangan bekalan bahan tanaman bermutu. Kaedah tanaman salak masa kini masih menggunakan biji benih tetapi kaedah ini menghasilkan kadar pokok berkualiti yang rendah dan tidak seragam.
Justeru Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan kajian bagi
mendapatkan tanaman salak yang berkualiti.

Variasi
Pegawai Penyelidik Kanan, Stesen Penyelidikan MARDI Jerangau, Terengganu, Hashim Abu Bakar berkata, penggunaan biji benih menyebabkan berlakunya variasi pada warna kulit, saiz, bentuk buah dan isinya.

"Kajian menunjukkan penggunaan bahan tanaman tampang memastikan jantina pokok salak serta
penghasilan kualiti buah yang tinggi dan seragam," katanya semasa ditemui di Ibupejabat MARDI, Serdang,
Selangor.

Hashim berkata, kajian yang dijalankan bermula sejak tahun 1990, memberikan penekanan kepada dua
aspek utama iaitu membangunkan teknik pembiakan salak serta memilih dan menilai baka salak tempatan
yang terbaik.

Sejak daripada tarikh berkenaan, pelbagai teknik pembiakan tanaman salak telah berjaya dihasilkan.
hashim abu bakar menunjukkan klon salak baru serta produk hiliran
salak yang berpotensi dikomersialkan.

"Teknik pembiakan tampang yang dihasilkan termasuk penggunaan anak sulur, teknik keratan batang,
teknik belahan dan teknik aruhan. "Teknik aruhan merupakan teknik pembiakan salak yang terkini dan telah disyorkan bagi membiak salak terpilih untuk tujuan penilaian," katanya.

Kajian yang dijalankan sejak 19 tahun lalu berjaya menghasilkan tiga klon terbaik yang dikenali sebagai
Salak Terengganu iaitu ST1, ST2 dan ST3.

Teknik aruhan dilakukan berasaskan konsep 'removal of apical dominance' dengan membunuh sel-sel
meristem pokok induk untuk menggalakkan pengeluaran sulur menggunakan minyak diesel.
Pokok induk, jelas Hashim, merupakan pokok salak yang telah dikenal pasti jantina dan kualiti.
"Pokok induk yang dipilih harus menepati syarat seperti berusia enam hingga lapan bulan, saiz batang dua
hingga tiga sentimeter (cm) dan ketinggian 20 hingga 30 cm." katanya.

Proses aruhan dilakukan dengan mencabut pucuk baru pokok induk bagi membuka ruang untuk dua titik
minyak diesel. Titisan minyak diesel cukup untuk mematikan sel di bahagian meristem dan membantutkan pertumbuhan pokok induk.

Pokok induk
Dalam masa yang sama, jelas Hashim, sulur baru akan keluar dan pokok induk akan mula mengeluarkan
lima hingga 10 sulur dalam masa dua hingga tiga bulan selepas diaruh.
Sulur yang telah berakar dan berusia empat hingga enam bulan kemudiannya dipisahkan daripada pokok
induk.

"Semua baka yang terpilih dinilai sebagai berpotensi dan sesuai ditanam secara komersial dan usaha perlu
dijalankan bagi membiakkan klon ini dan disebarkan kepada petani untuk dikomersialkan," katanya.
Pada keseluruhannya ketiga-tiga klon baru ST1, ST2 dan ST3 adalah lebih berkualiti berbanding dengan
salak tempatan yang dibiak melalui biji benih.

Di samping menghasilkan buah yang seragam, kualiti buah yang dihasilkan jauh lebih baik.
Rasa buah lebih manis dengan isi lebih tebal. Klon ST ini mempunyai cita rasa tiga dalam satu manis,
masam dan sedikit kelat serta mempunyai isi yang lebih tebal dan berjus.

Keistimewaan salak klon ini adalah semua bahan tanaman dikeluarkan adalah pokok betina.
Ini dapat menjamin peningkatan hasil berbanding penggunaan biji benih tempatan.


sumber Uusan online oleh Khairunnisa Sulaiman